Daisypath Anniversary tickers

Sunday, April 25, 2010

1. PENGENALAN

1.1 Penemuan laporan yang bertajuk "Community Program to Promote Tooth Development" menunjukkan golongan muda yang menghabiskan masa lapang dengan komuniti mereka mendapat lebih peluang untuk membangunkan diri mereka dan program yang dijalankan oleh komuniti adalah secara meluas serta dapat menyokong kepada pembangunan golongan belia melalui usaha menarik minat serta memenuhi kehendak mereka menggunakan pendekatan pembangunan belia positif yang juga dikaitkan dengan usaha mengurangkan penglibatan belia dalam aktiviti berisiko tinggi ( Quinn,1995 ).

2. LATAR BELAKANG

2.1 Program Rakan Muda Fasa 2 telah dilancarkan ke arah penjenamaan semula Rakan Muda dalam perlaksanaan bagi memberi fokus dan pendekatan baru bersesuaian dengan hala tuju dan keperluan Misi Nasional negara di dalam menekan pembangunan modal insan terutama generasi muda.


2.2 Penwujudan Pusat Kegiatan Rakan Muda ( PKRM ) adalah berasaskan 'Community based intiated project'.Konsep perlaksanaan ini diasaskan kepada pendekatan "Community Youth Development" dimana ahli dan pemimpin dan masyarakat setempat dilibatkan dalam menggerakkan inisiatif menyediakan persekitaran yang kondusif bagi golongan belia tempatan bergerak aktif.Masyarakat atau komuniti menyediakan peluang kepada belia mempelajari bagaimana untuk berhadapan dengan dunia sekeliling mereka menjelajahi,menghayati,mendapatkan,memperolehi dan mempengaruhi melalui saluran seperti program yang dianjur oleh pihak sekolah,organisasi belia,agama atau suka rela ( Newman,Smith & Murphy,1999 )

3. KONSEP PENUBUHAN PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA ( PKRM )

3.1 Pusat Kegiatan Rakan Muda merupakan ruang untuk remaja setempat melaksanakan pelbagai aktiviti Rakan Muda yang juga dikenali sebagai 'One Stop Center'.

3.2 sebahagian ruang di PKRM akan menempatkan Peralatan Siber dan kemudahan mengakses internet secara percuma serta dapat menubuhkan ruang aktiviti/kegiatan kepada remaja untuk lebih dekat dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD)

3.3 Pusat KEgiatan Rakan Muda ini juga akan menampung keperluan belia remaja dalam komuniti dan keperluan interaksi sosial dalam aktiviti serta menggerakkan aktiviti setempat meliputi pelbagai aktiviti menerusi kegiatan ekonomi,sosial,budaya,inovasi dan cinta alam yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda.

3.4 Gaya Hidup Rakan Muda menjadi program yang mesra remaja dan dekat dengan sistem budaya setempat.Ia dapat mempertingkatkan daya kretiviti serta pemikiran kritis komuniti berkenaan untuk mereka sendiri berkewajipan memikul beban bersama dalam menangani segala bentuk permasalahan semasa.

Saturday, April 24, 2010

4. OBJEKTIF

4.1 Membolehkan kegiatan dan aktiviti Rakan Muda dapat dijalankan di kawasan-kawasan parlimen yang berkenaan.

4.2 Menjadi hala tuju baru program Rakan Muda dapat diperluas sebagai Program Pembangunan Modal Insan secara menyeluruh dan bersepadu.

4.3 Menjadi pusat maklumat setempat bagi semua aspek kegiatan Rakan Muda secara khususnya untuk menjana potensi kepimpinan dan pengurus generasi muda untuk Kementerian Belia dan Sukan secara umumnya.

4.4 Membolehkan pelaksanaan aktiviti Rakan Muda dapat menghubungi generasi muda di peringkat akar umbi.

4.5 Memperluaskan skop Rakan Kongsi di kalangan pemimpin masyarakat dan pemimipin politik setempat dalam usaha meningkatkan sokongan bagi tujuan menghasilkan program-program dan mendapatkan infrastruktur belia di peringkat komuniti.